Monday, 14 January 2013

Hari Biru Isnin ku..

Assalamualaikum..

Harini bangun lambat macam biasa
masuk kerja lambat macam biasa
tak sanggup nak bertentang mata dengan boss no 2. 
sebab sudah pernah ditegur pasal kedatangan baru-baru ni.

semasa briefing
m rasa lebih baik m angguk saja
dan/atau jawab 'Baiklah' atau 'Yes boss' 
daripada m jawab 
'I'll have to check if i have the soft copy available because of ... 
whatever'

actually, jawapan panjang itulah jawapan yang sebenar-benarnya
sebab m tak pasti ada atau tidak file yang diminta tu.
yes, that shows how my memory is not as good as before
atau memang dah berkarat lama sebelum ni pun.
aktiviti makan kismis yang baru dimulakan beberapa minggu lepas
sudah dilupakan minggu ni.. 
really have to start again.  
in syaa Allah akan bagus balik memoriku..

we had lunch today 
di sebuah kedai mamak yang berdekatan.
konon macam nak merasmikanlah 
sebab kedai tu baru.
nasi kurang dari separuh 
dengan lauk kari kambing 
dan sayur kobis goreng dicaj RM 7.
bukan m seorang saja yang terkejut dengan harga tu
kawan-kawan sekerja juga menyatakan hal yang sama. 
Ouch! 
dah lah tengah bulan..

iya, tipikal bagi m 
tengah bulan adalah masa kocek tu ringan seringan-ringannya.
padahal sebenarnya awal bulan lagi sudah hampir langsai segala-galanya 
dan tengah bulan bagaikan akhir bulan sebenarnya.. 

counting the days..

i do segregate out my monies, 
RM X for my phone bill, 
RM X for the month's petrol, 
RM X for my car loan, house loan and ASB loan , etc etc.. 
by the time I have something left for me, 
i have no idea what i finished it for
tau tau dah tinggal seciput..

m tak sabar untuk tunggu bulan 3 ni!!

in syaa Allah pinjaman kereta m akan berakhir 
dan m akan punya lebih duit untuk membayar hutang-hutang lain
like paying back my mother for whatever she has loaned/spent on me.
ayah pernah cakap, apa-apa yang m hutang ayah simpanlah.
mak tak cakap macam tu dan m rasa lebih baik begitu
once you say keep, i'll end up using it instead of keeping it, 
which i know i should..
oh, dont start with me about what i should or shouldnt do. 
we're gonna argue about it again and again and again 
(talking to self)

dot.

Sepatutnya ada mesyuarat pendek petang ni 
tapi boss no 1 baik hati 
dan kehadiran tidak diwajibkan buat yang lain 
(termasuk m)

senyum.

jam 4 petang.
tak sabar nak balik.
tinggal satu jam saja lagi.

senyum melebar.


No comments:

Post a Comment